Selamat pagi. Hari ni hari Jumaat. hehe. nie cerita yg nk aku kongsi ngn korunx.
Talhah melaporkan, "Seorang datang kepada Abu Darda' dan memberitahu rumahnya terbakar. Abu Darda' menjawab, "Tidak. rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorng lagi datang dan memberitahu rumahnya terbakar. Kemudian ada seorang lagi dtg memberitahu perkara yang sama tetapi Abu Darda' tetap memberikan jawapan yang sama.
Kali ke-empat datang seorang yang lain dan memberitahu Abu Darda' , "Wahai Abu Darda' ! api naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam".
Abu Darda' menjawab, "Saya yakin ALLAH S.W.T tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah S.A.W mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat daripada semua bala dan musibah hingga petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar ".
Doa ini juga baik dibaca ketika keluar rumah:
(terpaksa tulis lam BM jep.xtau cmne nk tulis doa ni lam tulisan arb guna computer nie...)
"Ya ALLAH,Engkau ialah Tuhanku yang tiada Tuhan selain Engkau.KepadaMu-lah aku berserah dan Engkau ialah Tuhan 'Arasy yang Maha Mulia. Segala yang ALLAH kehendaki pasti ada, yang tidak Dia kehendaki tidak akan wujud. Tiada daya dan sebarang kekuatan melainkan dengan izin ALLAH yang Maha Tinggi dan Maha Agung.Aku mengetahui sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu dan Allah mengetahui segala sesuatu dengan (secermat-cermatnya).Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada segala kejahatan nafsuku dan dari kejahatan semua binatang melata. Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya (menguasai sepenuhnya),sesungguhnya Tuhanku sentiasa di atas jalan yang lurus".
Ini mengenai keyakinan kita terhadap ALLAH S.W.T . Harus ingt bhawa hanya pada ALLAH tempat kita bergantung sebenarnya. kalau ada pon manusia lain,dia hanyalah sebagai pengantara /bantuan yg ALLAH hantar kpd kita. Yakin dlm cerita ini, melibatkan keyakinan yg benar-benar walaupun benda tue tak berlaku dpn mata. Tetapi, kerana keyakinan bahawa ALLAH itu ADA, dan DIALAH MILIK SEGALANYA, maka percayalah. ALLAH akan sentiasa bersama kita. amalkan ye. =)
No comments:
Post a Comment